Assalamualaikum,
Bagi kebanyakan penduduk Malaysia, daya tarikan pekan Teluk Intan hanyalah Menara Jam Condong Teluk Intan. Ini berikutan publisiti yang diberikan menerusi brochure pelancongan, Pelancongan Malaysia, Pejabat daerah dan kerajaan negeri hanya menyenaraikan Menara Condong sebagai produk pelancongan untuk dilawati.

Ramai tidak mengetahui bahawa Teluk Intan ada mempunyai satu phenomena semulajadi yang unik, satu lubok pusing atau pusaran air (olak) semulajadi yang luasnya melebihi keluasan dua padang bolasepak! Kebanyakan penduduk Teluk Intan sendiri tidak mengetahui kewujudan pusaran air ini walhal kedudukannya hampir dengan pusat bandar Teluk Intan. Alangkah ruginya kerana tiada usaha untuk mempromosikan lokasi ini sebagai satu produk pelancongan.
Lubuk pusing ini terletak berhampiran perkampongan iaitu Kampong Durian Sebatang. Teluk Intan terletak di satu pertemuan beberapa batang sungai yang besar yang membentuk Sungai perak. Antara sungai-sungai itu ialah Sg Pak Kalong, Sg Bidor, Sg Suli, Sg Rebana dan Sg Perak. Pertembungan arus sungai-sungai ini menyebabkan terjadinya pusaran air yang besar dan kuat. Pernah satu ketika dulu beberapa insiden berlaku dimana bot-bot atau sampan tenggelam ditarik pusaran air tersebut. Menurut cerita orang-orang tua, pernah terjadi dimana dua buah tongkang yang sarat dengan tentera Jepun telah tenggelam di kawasan itu.
Jika dilihat dari jauh, kita akan melihat ratusan pokok keladi bunting yang berpusing-pusing di tengah sungai. Apabila di dihampiri, kita akan melihat beberapa pusaran air yang besar ditengah-tengah kawasan itu. Memang satu perkara yang menggerunkan lebih-lebih lagi jika bot atau sampan yang kita gunakan mula mengeluarkan bunyi yang kuat akibat terpaksa menggunakan lebih kuasa ketika lalu berhampiran lubuk itu.
Di kawasan ini terdapat banyak udang galah dan bermacam jenis ikan. Masa zaman kanak-kanak dahulu, inilah tempat saya memancing dan berkubang. Memang tiada perasaan takut pada masa itu. Pernah satu ketika saya dan kawan-kawan dikejar buaya yang banyak terdapat di kawasan itu.
Pada masa ini, pusaran air sudah tidak berapa kuat lagi kerana salah satu sungai iaitu Sg Suli telah di tambak dan satu terusan dan kunci air telah dibina selari dengan sungai tersebut. Untuk pengetahuan, Sg Manik dan Sg Tunku iaitu sungai-sungai yang mengalir dikawasan sawah daerah Sg Manik, mengalir ke Sg Suli sebelum bertemu dengan Sg Perak. Menerusi Sg Suli inilah orang-orang cina bintang tiga cuba menyerang Sg Manik ketika zaman dharurat. Mereka bersampan sehingga ke Sg Tunku dimana orang-orang Banjar yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Guru Hj Bakri sedia bertahan. Memang menjadi kebanggaan masyarakat Banjar Sg Manik dimana orang Banjar yang hanya bersenjatakan parang panjang telah berjaya mengalahkan komunis yang lengkap bersenjata senapang. Kisah ini akan saya ceritakan dilain masa.
Berbalik kepada kunci air Sg Suli, ia dibina khas untuk kawalan banjir dan juga sebahagian dari projek pengairan Krian-Sg Manik.
Jika anda berkesempatan berkunjung ke Teluk Intan, pergilah melihat sendiri lubok pusing yang saya katakan. Bot-bot sewa boleh didapati di jeti Pasir Bedamar ataupun jeti Shahbandar di mana bot-bot penumpang ke Seberang Perak berlaboh.
Posted at 01:34 am by wadik
 |  |  |
norhafizah mahror February 25, 2007 02:31 PM PST
menara condong dihatiku |
 |

 |  |  |
Miskun March 12, 2006 10:25 PM PST
Klik: http://disc.server.com/discussion.cgi?disc=220444;article=49570;title=Ayuhak%20Bapandiran |
 |

 |  |  |
Name March 12, 2006 10:23 PM PST
http://disc.server.com/discussion.cgi?disc=220444;article=49570;title=Ayuhak%20Bapandiran |
 |

 |  |  |
Shahri March 8, 2006 10:07 AM PST
Salam...
diharap semua sahabat dari kerabat Banjar dapat menghantar dan mengumpul maklumat berkaitan penglibatan dan jasa Orang-Orang Banjar dalam peperangan di dalam negara seperti Peperangan Komunis di Teluk Intan, Panglima Salleh di Batu Pahat dan Peristiwa 13 Mei. Dihara ada yang sedia membukukan dan mengkaji dengan lebih mendalam bagi memartabatkan semula Suku Banjar yang selama ini dipinggirkan... |
 |

 |  |  |
A.Hamid bin Asri March 4, 2006 11:45 AM PST
diharap diandakki pang lirik lagunyak. Hingkat jua aku banyanyi atawa maumpatinyak. Kan lagi rami lehhh.. |
 |

 |  |  |
Name zabidin ismail October 26, 2005 02:35 PM PDT
saya tertarik dengan kisah bintang 3 menyerang sg. manik. jika ada yang boleh membantu saya bercadang untuk membukukannya untuk tatapan anak bangsa masa akan datang. |
 |

 |  |  |
Name zabidin ismial October 26, 2005 02:35 PM PDT
saya tertarik dengan kisah bintang 3 menyerang sg. manik. jika ada yang boleh membantu saya bercadang untuk membukukannya untuk tatapan anak bangsa masa akan datang. |
 |

 |  |  |
beena October 10, 2005 03:34 PM PDT
selamat sejahtera...
saya tertarik dengan maklumat ini kerana untuk waktu yang terdekat, saya dan rakan-rakan sedang menjalankan satu kajian mengenai pembangunan bandar teluk intan secara keseluruhan. Justeru adalah menjadi harapan saya sekiranya saudara dapat menunjukkan lokasi yang sebenar samada melalui peta tapak atau gambaran foto kerana saya amat berminat untuk melihat dengan lebih dekat lokasi kawasan ini.
(rodzibina@yahoo.com) |
 |