Photobucket


Tuesday, June 23, 2009
Menjala ikan seluang

        Ma unjun di Lake Monroe, Indiana

Ramai kawan-kawan aku yg kaki pancing atau kaki tangkap ikan. Tak kira lah, memukat ke, menjala atau menggunakan tangkoi atau orang banjar tempat aku panggil hancau, asal dapat tangkap ikan, dah kira happening lah tu. Ada sorang kawan aku tu pantang nampak kocak ikan kat air (udap ikan), mesti singgah ngan pancing dia. Dalam bonet kereta memang dah ready fishing rod ngan umpan (katak hidup dan cacing). Bulan lepas aku nampak dia mancing kat tepi hotel Palace of The Golden Horses. Ada satu longkang kecik kat situ. Kalau musim hujan, ikan dari tasik The Mines masuk kat dalam longkang tu. Masa tulah kita boleh tengok orang memancing, macam ada pesta pulak. 

Aku nak cite pasal menjala ikan seluang kat kg aku. Benda ni abang ipar aku yang expert. Dia ada satu pot yang baik punye. Tempatnya kat Sg Suli iaitu berhampiran penempatan Cina Sg Suli. Jalan menuju lokasi adalah melalui Lorong Masjid, Kg Bahagia dan masuk dipersimpangan menuju tanah perkuburan Orang Islam Kg Bahagia. Lepas tu kita akan jumpa kunci air taliair yang mengairkan kawasan sawah Sg Manik. Jalan terus sampai kat jeti tepi Sg Perak di mana pekebun-pekebun Cina menurunkan hasil pertanian seperti sayur, kelapa sawit dan lain-lain. Kat sinilah tempat abang ipar aku menjala.

Sebenarnya ada teknik nak menjala ikan seluang ni. Kena tunggu air mati iaitu air tak bergerak laju (pasang penuh). Air mesti keruh, kalau air jernih memang tak banyak ikan. Mula-mula kena taruh umpan, buah kelapa sawit yang masak diketuk sampai keluar minyak. Pas tu tabur kat dalam air dan biarkan sekejap. Ikan akan datang makan minyak buah kelapa sawit tu. Abang ipar aku selalunya pergi sekali tebar jala aje terus balik. Ikan kat rumah baru kutip dari dalam jala. Susah jugak nak keluarkan ikan tu sebab melekat kat jala dan terlampau banyak. Kome mesti tak percaya, sekali tebar boleh dapat 3 - 4 kilo ikan seluang. Sekali masak memang tak boleh habis. Ikan ni sedap goreng macam tu aje. Goreng sampai garing, tulang-tulang boleh telan sekali. Selama ni tak ada orang yang tau apa abang ipar aku buat kat situ.

 


Posted at 12:12 pm by wadik

Jalik
June 24, 2009   02:35 AM PDT
 
Amun taumbai bulik ka sungai manik hingkattai lukok memadah hakan tampat saluang tuh..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


Selamat datang ke Blog
Banjar Sg Manik



London


New York


Mecca


Banjarmasin
























Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed