Photobucket


Saturday, July 25, 2009
Perang Sungai Manik

Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri

Dah banyak tulisan kat internet atau blog pasal perang kat Sg Manik yang berlaku lebih dari 60 tahun yang lepas. Banyak cerita pasal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut yang mana setengahnya di tokok tambah untuk menjadikannya lebih menarik. Nama-nama seperti 'Tentera Sabil' atau 'Kumpulan Parang Terbang' merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan-pahlawan Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik.

Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Malaya dan menubuhkan negara komunis melakukan banyak kekejaman terhadap orang Melayu dan lain -lain yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu di anggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat. Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza.

Bagi orang Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu. Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman. Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Saleh yang menyelamatkan orang melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero. Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara. Kami tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato', cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan di rekodkan dalam sejarah negara.

 

kalau nak tau pasal perang tu ,    . Ni tulisan saudara NIlasakunta dalam bahasa banjar yg agak pekat.

Arwah ayah aku adalah salah seorang sahabat Haji Bakri dan terlibat secara langsung dalam peperangan tersebut. Sejauh mana penglibatan hidin, aku pun tak pasti, tapi mengikut cerita arwah mak, ayah jarang balik rumah masa perang tu, selalu ada di rumah tuan guru di Parit 8. (Masa tu keluarga aku bagana di Parit 6B Sg Manik). Yang ada mengenai bukti penglibatannya adalah sebilah parang panjang dan bengkong putih yang dipakai semasa perang.

Memang dah lama aku nak tau apa isi kangdungan bengkong tersebut. Masa kecik memang tak berani nak sentuh sebab takut ngan arwah ayah. Ayah tak garang tapi ada satu macam aura yang buatkan kami semua takut dengannya. Kalau masa makan, tak ada sapa yang berani makan satu hidang dengan dia kalau dia tak ajak. Mungkin dia ada amalan yang buatkan orang takut padanya, wallahuallam.

Bila arwah ayah dah meninggal perasaan ingin tahu apa isi kandungan bengkong tu semakin menebal. Satu hari aku bukak jahitannya dan antara objek yang terdapat didalamnya adalah beberapa keping kulit binatang yang kemudiannya aku dapat tahu sebagai kulit kerbau landau, kulit kijang putih dan lain-lain. Terdapat juga rajah-rajah dan tulisan dari potongan ayat Quran dan lain-lain objek.

10hb Jun 2012

Sebenarnya sudah lama aku berhajat untuk  menambah sedikit fakta dalam tulisanku ini dan baru hari ini aku mendapat kekuatan untuk melakukannya.

Sepertimana konflik yang berlaku diseluruh dunia, persengketaan yang pada asalnya kerana perbezaan ideologi bertukar menjadi sengketa perkauman. Ramai wanita dan anak-anak yang tidak berdosa dikedua belah pihak menjadi mangsa.Kisah seorang wanita Cina bernama Ah Piau yang dibunuh kejam masih aku ingat. Walaupun badan dah putus dua, Ah Piau masih merangkak untuk mendapatkan mayat anak-anaknya. Mayat-mayat mereka di tanam di mana-mana kawasan lapang tempat mereka di bunuh. Sebenarnya banyak kubur-kubur tak bertanda terdapat di pinggir Jalan Pambuang dari Parit 5 hingga ke Kuala Sungai Manik. Begitu juga yang berlaku di kawasan lain seperti di Balun Bidai dan Kg Gajah. Tiada satu pun keluarga Cina yang selamat. Pekan Kg Gajah misalnya masih tiada penduduk kekal keturunan Cina hingga ke hari ini.

Aruah ayah pernah bercerita yang dia tak sanggup melihat kekejaman yang berlaku di depan matanya,tapi itulah hakikatnya...bangsa banjar tidak akan duduk diam jika agama, bangsa di perkotak katikkan
.



Setelah meneliti komen-komen mengenai gambar-gambar di bawah, saya memutuskan untuk mengaburkan gambar-gambar tersebut. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa sesuatu ilmu itu mesti dipelajari, bukan setakat  ' copy paste' sahaja. Wassallam.


Inilah parang yang digunakan semasa perang tersebut

kulit kerbau landau

kulit kijang putih

Qaf 40

Perhatian:

Kepada sesiapa yang mahu membaca mengenai konflik perkauman selepas perang dunia kedua (WWII) dari persfektif yang berbeza, boleh dapatkan buku RED STAR OVER MALAYA tulisan Boon Kheng Cheah. Dalam buku ini ada menyentuh mengenai perang di Sungai Manik dan Batu Pahat.


Posted at 11:27 am by wadik

azam 9w2zxz
August 30, 2014   02:14 AM PDT
 
Assalamualaikum kulaan.
Mohon dapat hubungi saya di 9w2zxz@gmail.com atau 0167698969

Mengumpul usul Haji Bakri.
InsyaAllah boleh dikumpul setempat di Tengku Mersing.


azam 9w2zxz
August 30, 2014   02:12 AM PDT
 
Assalamualaikum kulaan.
Mohon dapat hubungi saya di 9w2zxz@gmail.com atau 0167698969

Mengumpul usul Haji Bakri.
InsyaAllah boleh dikumpul setempat di Tengku Mersing.


cucu gusti salleh
August 10, 2014   04:34 PM PDT
 
assalamualaikum.
urang benjer kada suah beparagah. bile ade kaparluan, hanyar urang malihat kita. urang putih nyambet "deep state". kita bagawik, kawen, hidup macam urang laen. sabab tu bila kita besurahan pasal pandikar orang benjer, sabujurnya kita kada hindak bepadah... bagi ako, maram ha iya kada ida dalam buku sakulah. amon cina ka, hindu ka, sapa handak, umpat ako tajun...ako handak malihat sapa yang bujur2 benjer...
zakaria bin abdul salam@kecik
January 29, 2014   10:42 PM PST
 
Kalumpanan akuk. Nginih email kuk zakaria3473@gmail.com
Amun adak kulaan yg tahuk pasal sejarah parang arwah ayah kuk hingkat lah bekungsian info awan akuk lah ^_^
zakaria bin abdul salam@kecik
January 29, 2014   11:00 AM PST
 
Assalamualaikum kulaan kuk sebarataan. Akuk hanyar tahagak page nih. Akuk ada ditinggalkan ulih arwah ayah kuk sebilah parang. Ujarnyak harta pusaka peninian. Ujar urang arwah ayah kuk suah berperang intang perak tempat lahir arwah ayah kuk. Seminggu sblm meninggal hanyar arwah menunjukkn parang tuh ka akuk. Akuk kadak suah tahuk gin arwah ada menyimpan parang tuh dirmh dn hanyar ngintuk akuk tahuk arwah adak parang lawas. Masa tuh akuk ada betakun suahkan hidin gunakan parang tuh masa zaman perang huluk tapi hidin beranai hajak. Masa akuk haloi, akuk ada terdangar pasal parang tarbang tp Allahualam ada kena mengena awan parang tu kah kadak. Arwah menibggal lbh kurang 3thn lapas. Aku gin hanyar meambil parang tuh sbb sblm nih akuk menyuruh kwn kuk menyimpankn. Akuk handak tahuk banar asal usul awan sejarah parang peninggalan arwah tuh.
ijoi
August 13, 2013   04:02 PM PDT
 
salam semua kulaan niring....saya juga orang banjar..tapi kami di b sarai.....mengharapkan darah pahlawan banhsa kita tak luntur ...dalam diri.....tetapi biarlah pahlawan nya kita kerana agama....bangsa dan t air bukan kerana dunia ...dan pagkat serta nama..dan saya ingin meluahkan rasa terkilan bangsa kita banjar kini buta memilih pemimpin dan mmbiarkan pemimpin bagsat ini menghancurkan bangsa sendiri,,akhirnya kita kalah pada kiasu cina...dan dibuli bangs lain...harap sedar dan buka mata singkirkan bangsa sendiri yg bangsat ini masih banyk lagi melayu yg baik dan terbaik sebagai pemimpin....
Anonymous
June 8, 2013   12:03 AM PDT
 
Kulaan, apa maksud Satro dalam bahasa melayu?
Qayyum
March 26, 2013   04:30 PM PDT
 
Assalamualaikum. Saya sedang dalam proses mencari maklumat berkenaan Lebai Salleh @ Kiyai Salleh, kerana dimaklumkan oleh ayah saya, Lebai Salleh @ Kiyai Salleh di Sitiawan adalah moyang ayah saya. Kami berhajat untuk berziarah ke makamnya.
Mohd Salleh Yusof
November 28, 2012   12:12 AM PST
 
Boleh minta tolong adik atau abg tanya pada mak atau ayah tentang guru agama - Lebai Salleh? adakah dia bersama - sama Tuan Haji Bakri utnuk memperjuangkan melawan komunis Cina pada waktu itu?

Jejak warisan yang hilang
Cucu pada Lebai Salleh - Tukang Sidin, Perak
sahabat sebangsamu
November 4, 2012   03:45 PM PST
 
assalamualaikum.... buat segala suku banjar, kami tak pernah lupa jasa pahlawan negara.... walau tidak di tulis sejarah, namun ceritanya gah di jiwa kami... titipan anak warisan ayahanda hj kiai salleh...
hanyar tahagak
September 28, 2012   02:32 AM PDT
 
Salam, ngaran ku rajali halui baharik ngaran timangan jalik
baganak wayah inik di Salak tinggik .aruah ayahku ada ai bapandir caritak basabil disg manik. adak lagik parang hagan menimpas cinak 13 may simpanan ku/babalut kain habang landap atas bawah amun handak bacukur hingkat lagik/mandau gin adak/ hidin bapasan amun hingkat cari ik bubuhan kulaan
hidin / ngaran hidin bakar/utoh bakar ditabuk pulai sabak/kulaan banyak disg manik/sabak/bandang-dari sg basar ka parit 10 bagan tarap. baharik hidin suah menimpas cinak. ulon kada banyak hingkat basurah banjar ikit haja. mamarinak ayah adai lagik di tabuk pulai, ijoh gan sapaadingannyak husin urang sg manik(ayah hidin aruah hj nasri)
kada tahuk parit brapak baganak. amun handak batamuan/ basurah/bapandir/bacu ur buleh ai emel ulon acujali@gmail.com
h.reza
September 24, 2012   01:03 AM PDT
 
Ulun matan kalimantan nah, ramai banar membaca kesah bubuhan pian ni... hanyar tahu jua ulun, kesahx bubuhan banjar di perantauan.
Roslan
September 9, 2012   02:02 PM PDT
 
Saya anak kelima Edin Gayong, Kampung Banjar Teluk Intan. Tapi tak pandai surah banjar..leh join persatuan kulaan ke?
azwan
August 21, 2012   05:40 AM PDT
 
aku kadak bisak bersurah banjar :P
cucu tuan guru haji bakri
August 10, 2012   06:12 AM PDT
 
salam. saya cucu hj bakri. ayah saya bernama hj abdul majid din hj bakri. skrg ibubapaku mnetap di (f) sg kemahal, triang.
alhamdulillah mereka masih sihat walafiat.

isminajah@yahoo.com
Name apai
August 7, 2012   08:15 AM PDT
 
org dahuluk bebagai carak belajar ilmuk untuk tanah kitak duduk,dahulu mak aku bepadah ,putus badan, ading lari dari jepun,depan matak menigal,ank haloi di lambung lepas tu di timpas,tak tau la,doa kan ajak yang lepas
ANAK BANJAR
April 19, 2012   08:52 PM PDT
 
salam kulaan, ulun anak banjar dari b.pahat. salam kenal
Shahrul
April 6, 2012   12:34 AM PDT
 
Salam...saya shahrul dari Gunung Semanggol Perak...mencari susur galur keturunan ayah yang berasal dari Pontian Kecil (sebelum berhijrah ke Kerian, Perak)...mencari keturunan Utuh Hassan di Pontian Kecil...anaknya dikhabarkan bernama Imran bin Utuh Hassan...Datuk saya ialah Hj Sulaiman b. Haji Rasidi dan nenek Sanijam bt. Md Ali...sila hubungi saya di 013-5153518
syazni
March 11, 2012   11:28 AM PDT
 
salam.....sya pn urang banjar..uma dok sngai ,nik prit 9a..abh dok parit 5..kmi ni banjar alai..tapi x berapa pandai bersurah..umr baru 20.insyaallah sy nak blajar..sayang klaw bahasa banjar hilang ditelan zaman....jadi urang2 banjar sayangilh bhasa nek moyang kta...jgn biar dia hlang..sayang bhasa banjar
Name Nuai aka Fakha
February 3, 2012   06:35 PM PST
 
Assalamualaikum sunyaan..ulun nih anak aruah Hj Hamid, adingnya Hj Kadir..beganak di gombak,.kapingin banar bekanalan awak kulaan di johor..kada suah pang betamuan asaan tih..


fakhatoai@gmail.com
hamba allah
January 10, 2012   06:22 AM PST
 
Assalamualaikum...dn salam sejahtera....kulit kerbau landau bukan utk di jual...wa emah dengan banyak nya duit di tabur kn...kepada sesiapa memiliki kulit kerbau landau itu....simpan lah dengan selamat...jangan menyalah guna kan....nya..kulit kerbau landau itu banyak khasiat nya....wassalam....
hamba allah
January 10, 2012   06:20 AM PST
 
Assalamualaikum...dn salam sejahtera....kulit kerbau landau bukan utk di jual...wa emah dengan banyak nya duit di tabur kn...kepada sesiapa memiliki kulit kerbau landau itu....simpan lah dengan selamat...jangan menyalah guna kan....nya..kulit kerbau landau itu banyak khasiat nya....wassalam....
paranggan tagah
January 1, 2012   08:50 PM PST
 
akuk gin urang sg.manik parit 5b,wayah nih beganak d kadah.ini pantun nenek moyang bahari kalak,
T.ANSON JAMBATAN BASI,
SG.MANIK JAMBATAN PAPAN,
T.ANSON TAMPAT MANGHIBUR HATI,
SG.MANIK TAMPAT CARI MAKAN.
.....BABANDANGLAH JAWABNYAK.
Apa komen ekam semua?
Saleh
July 8, 2011   11:43 PM PDT
 
Assalamua'laikum...
Aminudin Abdul Kadir, Fauzi Abdul Majid..sepupuku jua tu..kada tapi bisa menulis Banjar, maaf la kalau tersilap..hanyar haja menjumpai blog ini..Adapun arwah Abah (Hj Hamid) sangat jarang bersurah pasal ayahnya tu. Kami anak2nya ni selalu mendengar dari orang lain..handak menulis satu biografi sebagai 'pengkisahan keluarga'..handak menyatukan susur galur paninian..Sepupu-sepupuku buleh la kita berbincang nanti..Wassalam Saleh parit 9C Sg Manik(visionaries42@yahoo.co.uk)
Saleh
July 8, 2011   11:40 PM PDT
 
Assalamua'laikum...
Aminudin Abdul Kadir, Fauzi Abdul Majid..sepupuku jua tu..kada tapi bisa menulis Banjar, maaf la kalau tersilap..hanyar haja menjumpai blog ini..Adapun arwah Abah (Hj Hamid) sangat jarang bersurah pasal ayahnya tu. Kami anak2nya ni selalu mendengar dari orang lain..handak menulis satu biografi sebagai 'pengkisahan keluarga'..handak menyatukan susur galur paninian..Sepupu-sepupuku buleh la kita berbincang nanti..Wassalam Saleh parit 9C Sg Manik(visionaries42@yahoo.co.uk)
nasser
July 2, 2011   01:01 AM PDT
 
Salaam,
Setelah membaca article diatas saya berasa amat terharu dan amat berbangga diatas segala pengurbanan2 yg diharungi demi menegakkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Saya percaya bahwa Allah Taala(swt) yg Maha Adil mengurniakan kedudukan yg Mulia bagi pejuang2 yg telah gugur dan yg masih hidup diatas pejuangan2 serta pengurbanan2 yg telah mereka berikan. Saya akan pastikan agar anak cucu keturunan saya mengetahui akan segala kebenaran tentang sejarah Orang Banjar Sg Manik dan nama Tuan Guru Haji Bakri.., juga Orang Batu Pahat dan nama Kiyai Saleh.., agar mereka tahu kebenaran yg sebenar2nya. Saya juga mendoakan semuga Allah Taala(swt) sentiasa mencucuri RahmatNYA keatas ruh2 para pejuang2 tersebut.
Salaam.
alItrah alTahirah.
azman
June 30, 2011   03:46 PM PDT
 
Assalam.. aku lahir di pt 18.. kulaan ramai di sg manik.. keturunan cucu arwah hj jintra
Nameyuri pt.1b.sg.manik
April 2, 2011   06:17 PM PDT
 
salam.amun handak tahuk pasal sg.manik talipon akuk no 0173798452 bolihi mamandir tapi katuruanan banjar hajak.
Name cucu patuan guru
March 30, 2011   02:29 PM PDT
 
saya mahu mencari susur galur keturunan Hj Mohd Saman ayah kepada Patuan guru Hj bakri sama ada berada di malaysia, indonesia mahupun Saudi Arabia dan dunia amnya. Hubungi saya di email :Semurnie_kasih@yahoo.com.my facebook azhar hj abd majid
nad
March 23, 2011   02:49 PM PDT
 
sy lahir kt parit 3b sg manik..
mak org banjar sg manik, tp ayah sy jawa dr parit
klu ade yg sudi terjemah 'sungai manik bamandi darah' ke bahase melayu..
sy cume dgr cerita dr mak & arwah nenek
tp x phm bahase banjar.. huhuu
along_putera
January 23, 2011   08:36 PM PST
 
Salam kulaan dari ulun.. Ramek dangarkan lagu banjar kita.. arwah abah ulun anak banjar sungai manik parit 6B.. Ulun anak urang banjar sunagi manik. Salam KULAAN hagan KULAAN.. Berilaan..
ANDESMUGIS
June 9, 2010   11:31 PM PDT
 
Ada beberapa buku yang saya pernah baca tentang sejarah yg menyelusuri kebangkitan kumpulan pakkiyai samada di b. pahat johor (oleh kiyai salleh dan sahabat2nya di zon selatan, timur, dan utara Johor serta di perak. Umum tahu bahawa isteri kiyai Salleh ialah seorng banjar yg dikatakan tidak kurang @ lebih hebat. setelah membaca kisah Kebangkitan mereka (khasnya di b. pahat) saya kuat berpendapat bahawa peristiwa inilah yang mungkin mencetuskan hasrat Dato Onn menubuhkan UMNO. rentetan keganasan bintang tiga .
Name andesmugis
June 9, 2010   11:20 PM PDT
 
salam utk smua. Saya pernah ditunjukkan seseorang yg. mendakwa objek itu ialah kulit kerbau landau. cuma ia ada 3 atau 4 helai bulu dan agak kenyal nampaknya. Keampuhannya memang didakwa hebat. saya dberitau ada seorng menteri juga memilikinya dgn harga 4 juta.
NameAmeen
May 5, 2010   10:48 AM PDT
 
Laman nik bagus dapat memaparkan perjuanngan masyarakat Banjar dulu.
Tapik wayah hinik kadak tapi wanik lagik dah.
Anak Jati Sungai Manik
zwN
May 4, 2010   07:38 PM PDT
 
sy kagum dgn org Banjar dulu2... gagah berani ketika berperang menentang Bintang Tiga... kalau dpt beristerikan orang Banjar dan dpt keturunan yg gagah perkasa tu suatu rahmat... apa pun kegagahan dtg dri Allah... aliran darah kturunan hnylh antara penyebab... thanks utk penulis.
ank omm
March 18, 2010   12:35 AM PDT
 
salam
omm
March 18, 2010   12:28 AM PDT
 
salam aku ni begana d taiping, aku banjar sg manik. masa tu pak mentuhak ku guru d sg tunku bersama anak isteri dan seorg anak saudaranya yang masih hidup. utk buat kajian boleh bertanya kpd beliau . iaitu en harun hasan d bt 8 cht jering
Galoh
March 10, 2010   07:09 PM PST
 
Saya ni berketurunan banjar tapi mungkin dah jauh ke bawah..Mak selalu cerita tentang kehebatan aruah moyang saya yg mempunyai sebilah keris yang akan bergegar didalam almari apabila musuh menghampiri rumah.. Dia juga bercerita yang aruah moyang pernah ditangkap askar jepun untuk dipancung..namun esoknya mereka dapati yang mereka pancung tu hanyalah batang pisang... Tapi saya tak tau keris tu masih ada atau tidak... Aruah moyang saya juga seorang guru silat dan guru agama...itu semua mengikut cerita ibu saya..kebenarannya saya tak tahu..
Diyang Banjarab
November 27, 2009   08:25 PM PST
 
Ulun kada' bisa baucap Banjar. Cuma dikit haja'. Umaku Banjar, bapaku Arab. Manurut cerita Umaku(masih hidup), Nenek Kiyai Haji Bakri adalah ninik saudaranya. Hidin dan Arwah bapaku ada masa peristiwa perang Fisabilullah itu, malah Nenek lelakiku ikut sama.Ninik Hj. Bakri tidur di rumah umaku di Ayer Hitam Johor, sebelum hidin ke Mekkah dan meninggal di sana. Ulun belum lahir lagi. Ulun kepingin banar berkenalan dengan keturunan Ninik Haji Bakri.Yang ulun ingat masa ulun kecil(awal tahun 60an), anak Ninik Hj. Bakri, Hj. Majid ada singgah bermalam di rumah umaku sebelum menjadi peneroka di Pahang. Tentang peristiwa keistimewaan Allahyarham Kiyai Hj. Bakri, emak dan sepupuku(yg melihat sendiri kumpulan kaum Komunis lari lintangpukang melihat sesuatu dilangit) pernah bercerita. Sebenarnya aku ingin menulis novel sejarah mengenai peristiwaini. malang sekalikesemua saudara tua di Johor kecuali ibuku, telah meninggal. Ibuku pula, umur 85 tahun telah mula nyanyuk.
Satu permintaan, background portal ini menarik, tapi tulisan amat sukar dibaca sb warna tulisan tenggelam dek warna background. Boleh diperbaikki?
sg.tungko
October 19, 2009   05:41 PM PDT
 
ass'kum...apa kabar semua...saya amat tetarik dengan kisah perang sg.manik yg diceritakan...setahu saya tak pernah pulak ada pergaduhan antara banjar sg.tungku dgn banjar sg.manik..yang saya tahu pegaduhan kaum antara banjar dgn cina je...dimana sekumpulan org cina bertongkang ingin menyerang orag2 banjar2 di sg.manik , sg.tungku dan sekitarnya ...dan kesan peperangan masih terdapat ...dimana terdapat nya kesan tongkang yg terbenam di satu kawasa yg dipanggil ban kominis...kerana ayah saya terlibat waktu itu...walau bagaimanapun saya cuba bertanya lagi dgn org tua2 sg tungku ...ok.
shidi
October 3, 2009   01:44 AM PDT
 
salam
nayan taiping
October 2, 2009   01:43 AM PDT
 
saya tertarik dengan cerita saudara berkenaan dengan bengkong putih tersebut serta perang sungai manik menentang kominis,ini kerana arwah ayah saya sebelum beliau meninggal dunia pernah menceritakan kepada saya tentang peperangan tersebut ianya melibatkan satu kumpulan banjar yang dinamakan kumpulan sepuluh (saya pun tak pasti kumpulan apakah itu)tapi kumpulan ini terlibat dalam peperangan menentang kominis serta trajedi 13 may...saya juga memiliki bengkong putih seperti saudara dan selendang merah dimana terdapat pelbagai wafak tertulis didalamnya(apakah kehebatanya hanya allah yang maha mengatahui)arwah juga pernah berwasiat kepada saya agar mencari saudara2 keturunan kumpulan sepuluh ini,tetapi oleh kerana maklumat dan bukti tidak mencukupi saya biarkan sahaja selain itu ayah berketurunan diraja banjar yang dilantik menjadi ulama sangat taat kepada agama lari kebrunei akibat perang banjar menentang belanda selepas itu ketanah melayu ke Bagan Serai perak,hanya itu yang sempat sya tahu..berbalik kepada cerita sungai manik tadi,ayah mempunyai seorang abang kandung dimana tidak pernah sya ketemui dan kenali sehingga kini iaitu tak silap saya nama dia Hj.Ali yang sama2 berjuang menentang kominis dan 13may...saya juga ingin menyarankan agar kita dapat mengumpul semula keturunan banjar yang ada didalam malaysia menjadi satu persatuan agar dapat menjaga adat resam dan bahasa logat yang kini semakin dilupakan dan saudara2(ramai yang tahu mendengar dan faham dari tahu bercakap termasuk saya sendiri yang kurang fasih bahasa banjar) saya amat bersetuju blog seperti ini dapat menjadi perhubungan siratulrahim keturunan banjar.
Utuh Sungai Manik
September 30, 2009   01:18 PM PDT
 
Ninih buhannya ai...pada pandapat ulun nang baumur parak 50 an nih, cakak di buange gambar nih intang blok ikam. Kad purna diandak di araiyakan kanu bubuhan nang lain. Simpanik baasalah...

Ujar paninian, ilmo banjar paraya di jula-jual..... pamali. Delate gambar nya to. Simpan intang wadah lain...

Barilaan..
PANGLIMA PERANG
August 28, 2009   11:12 AM PDT
 
salam..... saya bukanlah berketurunan Banjar tetapi saya ada mendengar tentang perang Sg Manik dari arwah ayah. Apa yang saudara dedahkan dan apa yang dikhabarkan kepada saya adalah fakta yang sama. Cuma harap saudara dapat menjaga amanah tersebut supaya tidak disalahgunakan, ini adalah rahsia melayu. Jangan bocor dan bersedia utk menggunakannya apabila diperlukan nanti.
FAIZUREE
August 24, 2009   10:59 PM PDT
 
Kalo rajin kita chat or sms.. Ni no HP saya 012-2644248 - Fai
FAIZUREE
August 24, 2009   10:49 PM PDT
 
Salam.. Nama saya Faizuree berasal dari Ampang, Selangor... Isteri saya juga orang Banjar dari Rungkup, Perak... 1 sahaja soalan saya berkaitan tentang Kulit Kerbau Landau tu... Setahu saya keistimewaan barang tersebut adalah Kebal Umum... Memandang Tuan memiliki barang tersebut adakah terbukti keistimewaan barang tersebut.. Saya sebagai orang yang baru nak belajar nie sekadar hendak tahu adakah benar perkara tersebut?...

faizuree@yahoo.com
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


Selamat datang ke Blog
Banjar Sg Manik



London


New York


Mecca


Banjarmasin
























Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed