|
Siapa yang mengikuti sejarah pengangkutan keretapi tentu tahu bahawa landasan keretapi yang kedua dibuka di Malaysia ialah antara Tapah Road ke Teluk Anson (Teluk Intan) pada tahun 1893 setelah landasan diantara Port Weld (Kuala Sepetang) - Taiping (1884). Landasan ini melalui beberapa pekan ( too small to call it a town actually he he he) seperti Degong, Chikus, Tukang Sidin dan Sg Kerawai. Kemudian keretapi akan merentasi Sg Bidor yang luasnya lebih kurang 120 m. ![]() |
| Shah March 16, 2006 05:00 PM PST Salam. Ada fakta menarik untuk dikongsi bersama. Ada pendapat (mungkin kajian) yang mengatakan Kota Bharu, Kelantan dinamakan bersempena nama daerah Kota Baru, di Kalimantan Selatan/ Banjarmasin. Turut dinyatakan pada ketika itu bandar Kota Bharu didiami (mungkin diasaskan) oleh imigran-imigran dari masyarakat Banjar. Mungkin ada logiknya, atas beberapa petunjuk yang mungkin boleh dijadikan bukti : 1. Masyarakat Kelantan lebih cenderung kepada makanan yang manis-manis berbanding pedas (menyamai orang Banjar yang gemar manisan dan tak tahan makanan pedas) 2. Wanita Kota Baru khasnya suka berniaga (menyamai wanita Banjar yang berniaga di pasar-pasar sekitar Martapura menggunakan sampan) 3. Datuk Nik Aziz bernama Raja Banjar (tidak pasti mempunyai kaitan atau tidak), tetapi di dalam bahasa Melayu perkataan Banjar jarang digunakan. Mungkin digelar sedemikian kerana keturunan Nik Aziz yang sememangnya berdarah Raja. Sementara kawasan itu didiami orang Banjar, maka gelaran Raja Banjar menggambarkan beliau raja masyarakat di situ (walaupun beliau sendiri mungkin bukan keturunan Banjar). Sekadar teori. 4. Rupa masyarakat Kelantan(Kota Bharu khasnya) yang menyamai rupa orang Banjar .Berwajah kecinaan, walaupun mungkin ada kacukan Siam 5. Pegangan agama yang kuat seperti masyarakat Banjar juga Ini mungkin sekadar teori, tetapi mungkin ada kajian yang boleh mengukuhkan dakwaan ini. Diharap ada yang sanggup mengkaji. | ||
| jasrizal February 3, 2006 11:34 PM PST tujukkanlah video klip tu... | ||
| jasrizal February 3, 2006 11:33 PM PST tujukkanlah video klip tu... | ||
| jasrizal February 3, 2006 11:33 PM PST tujukkanlah video klip tu... | ||
| Leave a Comment: |